Saturday, October 12, 2013

FUTURE

salam !

saya rasa lebih baik jika saya guna aku mulai saat ini !

Masa hadapan , aku cuma tertanya-tanya dengan masa hadapan aku . Aku tak tahu apa akan jadi pada diri aku , adakah aku akan menjadi orang yang sama atau aku akan bertukar ? ya aku faham manusia akan bertukar apabila umur meningkat dan dewasa menghampiri tetapi aku juga ingin mengetahui apa yang akan menjadi sumber rezeki ku , adakah berkat atau tidak ? atau sesiapakah aku pada masa akan datang , seorang yang berjaya atau meminta simpati orang lain ?


 Aku tak mampu merumuskan apa yang akan terjadi padaku tapi itu semua sikap ingin tahu yang terpendam dalam hati ......

Mengapa , mengapa aku perlu risau tentang masa depan aku sedangkan aku tengah berjuang sekarang untuk masa depan yang cerah dan menarik .....

Jadi aku lepaskan sifat ingin tahu aku itu dan cuba , cuba , cuba untuk memikir hal sekarang .....

senang ! senang ! senang !


                                                                                                                        salam ......

RISK

........ ?

salam !

idea tercetus secara tiba-tiba kerana rindu hendak meluahkan perasaan , hahaha terlalu classic untuk sesuatu permulaan ....

saya pasti hampir semua orang di muka bumi ini keliru untuk membuat keputusan walaupun itu sesuatu yang mudah . Keputusan yang dibuat akan ada risiko disebaliknya walaupun risiko itu amat mudah untuk ditepis . Saya susah menbuat keputusan kerana takut dan takut menghadapi risiko. Saya tak pasti mengapa ! Bagi saya risiko terlalu berat untuk saya tampung terlalu bahaya untuk saya . Saya cuba untuk mengambil risiko tetapi emosi diri gagal untuk menanggung risiko yang saya ambil .......

Walaupun risiko hanyalah satu bayangan hitam yang sangat menyakitkan hati , tetapi dalam hidup risiko adalah CABARAN !

Cabaran untuk menentukan saya layak untuk perkara itu atau saya perlu tinggalkannya....
Tampaknya risiko menjadi ketakutan saya tetapi saya cuba mengatasinya kerana risiko sebahagian rencah kehidupan, dimana semua rasa akan bersatu untuk mencipta sesesuatu yang menarik .....

ahhhh ....
 walaupun aku keliru ,
keliru dengan risiko yang bakal tiba ....
aku kena hadapi walaupun ,
menjadikan diriku orang lain .....
                                                                                                                          salam !

Sunday, January 6, 2013

POLITIK ATAU .......

salam warga maya ,

saya tertanya pada diri saya sendiri, adakah politik ini mainan dunia atau hanya sadiwara para pemimpin yang kononya mampu memimpin sebuah negara ? Jelas sekali perkara yang merlibatkan politik sering kali disalah anggap oleh orang ramai atau pemimpin itu sendiri. Saya melihat ada segenlintir pemimpin yang menyampaikan amanat pada pendapat saya cukup sampah , menyampaikan ideologi yang cukup membuatkan orang ramai seakan-akan hilang punca dalam mencari kebenaran. Saya bukan menyokong mana parti politik tapi saya tidak menyokong ideaologi yang yang cukup ekstrem pada saya. Pabila media massa mula mengetengahkah hal ini pada rakyat malaysia , mulalah "pemimpin" itu memberi pendapat. Persoalannya mengapa sekarang , kenapa tidak pada awal amanat ini disampaikan? Bagi saya lah amanat ini bagai ada sesuatu yang menutup perasaan "pemimpin" itu tentang politik atau pihak lawan yang agak susah untuk dibicarakan pada orang lain. Amanat ini bukan amanat yang biasa , tapi amanat yang cukup ekstrem dan tragis , kenapa drastik atau tragis ? Amanat ini seakan merasuk para penerimanya , mereka sanggup melakukan apa saja agar amanat ini terlaksana walaupun memingirkan sesama saudara , adakah itu tidak tragis atau ekstrem . Ia bagai melihat sesuatu keganasan yang berlaku dihapan mata kita sendiri , begitu mengerikan ! Beginikah keadaan politik di Malaysia , maaf jika saya hanya menulis cuma berdasarkan apa yang dicatat didalam surat khabar. Saya cuma ingin menyampaikan bahawa kadang-kadang jika terlampau mengikut politik tidak hairan diri akan sedikit bersikap prejudis .

Friday, November 23, 2012

LAYAKKAH KITA ?

assalamulaikum warga maya,
layakkah kita dipanggil sebagai negara Islam? Pernahkah anda terpikir kita ini lahir di sebuah negara yang Islam atau negara yang berlakon sebagai Islam? Yang pasti saya tak ada jawapan bagi semua itu. Saya seorang budak sekolah menengah masih cetek dalam ilmu dunia,masih perlu belajar tentang dunia dan akhirat tetapi saya masih manusia yang prihatin tentang ragam manusia pada akhir zaman ini. Sungguh kesian saya melihat masih ada orang Islam tersesat mencari erti agama , masih lega dengan godaan dan hasutan syaitan. Saya bukan apa, saya cuma sedih dengan keadaan ini. Kita terlalu taksub mencari kemewahan sehingga lupa yang memberi dan menarik nikmat duniawi. Ya saya hanya budak mentah, masih hijau untuk memberi nasihat atau membetulkan manusia tapi tidak salah kalau saya ingin memberi pendapat bukan. Saya tinggal di Malaysia yang terkenal sebagai sebuah "negara Islam" di mata dunia. Mijoroti penduduk di Malaysia ialah seorang muslim tapi apa yang saya lihat sekarang agama Islam dalam diri seorang muslim itu seakan sudah tiada , yang ada hanya lah budaya manusia yang bertopengkan watak syaitan. Saya seakan hilang percaya pada semua orang yang dipanggil muslim ini, hilang percaya yang mereka akan menjadi ahli surga. Saya sendiri pun tidak layak untuk berkata tentang surga mahupun neraka biarlah yang maha esa tentukan. Saya cuma risau akan kehidupan manusia sekarang ini, pergaulan bebas masih berluasa dia luar sana. Lelaki dan perempuan seakan hilang hormat diantara satu sama lain, pabila kes anak luar nikah berlaku baru hendak fikir tentang dunia tentang dosa, masyarakat pula seakan menuduh semua yang "terjadi itu" salah anak mereka sendiri tapi kesian masyarakat lupa mereka juga punca utama masalah ini Mereka seakan tidak kisah jikalau anak mereka bergaulan dengan berlain jantinan terlalu bebas, mereka seakan meng-iya-kan sahaja apa berlaku. Adakah ini kehidupan sebuah negara islam? Bagi saya tidak, ya Malaysia tinggal di negara berbilang kaum tapi semaga Islam perlulah diterap lebih banyak bukan sekadar "cukup makan" sahaja. Saya tak hairan kalau negara saya hilang hormat di mata orang asing jikalau kita sendiri tak ambil endah tentang hal ini. Kalau hendak saya kupaskan perkara ini terlalu panjang, bukan sahaja bergaulan bebas tapi manner atau adab seseorang muslim perlu di ambil berat juga. Jadi jangan sedih jika mereka yang bukan beragama Islam akan menanyakan soalan yang mungkin menaikkan darah jika muslim pun tidak pandai menjaga diri. Bukalah mata anda sebelum terlambat, jangan sudah bukan dapat ironinya masih tutup .
                                                                                                                           
                                                                                                                salam ...