Friday, November 23, 2012

LAYAKKAH KITA ?

assalamulaikum warga maya,
layakkah kita dipanggil sebagai negara Islam? Pernahkah anda terpikir kita ini lahir di sebuah negara yang Islam atau negara yang berlakon sebagai Islam? Yang pasti saya tak ada jawapan bagi semua itu. Saya seorang budak sekolah menengah masih cetek dalam ilmu dunia,masih perlu belajar tentang dunia dan akhirat tetapi saya masih manusia yang prihatin tentang ragam manusia pada akhir zaman ini. Sungguh kesian saya melihat masih ada orang Islam tersesat mencari erti agama , masih lega dengan godaan dan hasutan syaitan. Saya bukan apa, saya cuma sedih dengan keadaan ini. Kita terlalu taksub mencari kemewahan sehingga lupa yang memberi dan menarik nikmat duniawi. Ya saya hanya budak mentah, masih hijau untuk memberi nasihat atau membetulkan manusia tapi tidak salah kalau saya ingin memberi pendapat bukan. Saya tinggal di Malaysia yang terkenal sebagai sebuah "negara Islam" di mata dunia. Mijoroti penduduk di Malaysia ialah seorang muslim tapi apa yang saya lihat sekarang agama Islam dalam diri seorang muslim itu seakan sudah tiada , yang ada hanya lah budaya manusia yang bertopengkan watak syaitan. Saya seakan hilang percaya pada semua orang yang dipanggil muslim ini, hilang percaya yang mereka akan menjadi ahli surga. Saya sendiri pun tidak layak untuk berkata tentang surga mahupun neraka biarlah yang maha esa tentukan. Saya cuma risau akan kehidupan manusia sekarang ini, pergaulan bebas masih berluasa dia luar sana. Lelaki dan perempuan seakan hilang hormat diantara satu sama lain, pabila kes anak luar nikah berlaku baru hendak fikir tentang dunia tentang dosa, masyarakat pula seakan menuduh semua yang "terjadi itu" salah anak mereka sendiri tapi kesian masyarakat lupa mereka juga punca utama masalah ini Mereka seakan tidak kisah jikalau anak mereka bergaulan dengan berlain jantinan terlalu bebas, mereka seakan meng-iya-kan sahaja apa berlaku. Adakah ini kehidupan sebuah negara islam? Bagi saya tidak, ya Malaysia tinggal di negara berbilang kaum tapi semaga Islam perlulah diterap lebih banyak bukan sekadar "cukup makan" sahaja. Saya tak hairan kalau negara saya hilang hormat di mata orang asing jikalau kita sendiri tak ambil endah tentang hal ini. Kalau hendak saya kupaskan perkara ini terlalu panjang, bukan sahaja bergaulan bebas tapi manner atau adab seseorang muslim perlu di ambil berat juga. Jadi jangan sedih jika mereka yang bukan beragama Islam akan menanyakan soalan yang mungkin menaikkan darah jika muslim pun tidak pandai menjaga diri. Bukalah mata anda sebelum terlambat, jangan sudah bukan dapat ironinya masih tutup .
                                                                                                                           
                                                                                                                salam ...

2 comments: